DEFINISI MULTIMEDIA

DEFINISI MULTIMEDIA

·       Media merujuk kepada alat perantara komunikasi yang menghubungkan sesuatu sumber kepada sasarannya. Media juga dapat membantu manusia untuk menerima, menafsir atau dan menikmati kejadian di dalam persekitaran dengan lebih jelas.

·        Terdapat pelbagai jenis media, antaranya ialah media cetak, media massadan media elektronik. Media cetak merupakan bahan yang dicetak atau ditulis maklumat di atasnya sebagai penyampai maklumat kepada orang ramai.

·        Multimedia adalah integrasi, gabungan dan persembahan secara teratur yang diasaskan pada platform sistem komputer peribadi. Sistem komputer peribadi inilah yang mengawal pelbagai jenis data media. Data media ini adalah merupakan elemen-elemen teks, grafik, audio, imej kaku, video dan animasidi dalam satu atau lebih kombinasi. Penggabungan elemen-elemen ini akan meningkatkan kesan mesej yang akan disampaikan kepada pengguna.








SEJARAH PERKEMBANGAN KOMPUTER MULTIMEDIA



  •        1972- Permainan komputer pertama iaitu ATARI dilancarkan dan sambutan di kalangan pengguna cukup hebat.

  •       1975- Komputer peribadi pertama dilancarkan. Ia mempunyai kuasa pemprosesan rendah, digunakan untuk perakaunan dan inventori.

  •       1980- Storan cakera keras ditingkatkan. Komputer boleh boleh memaparkan grafik ringkas, digunakan untuk statistik dan ramalan.

  •       1987-  Komputer berkeupayaan untuk papar warna, grafik, animasi dan bunyi yang lebih canggih. Ia digunakan dalam pemprosesan kata dan penerbitan meja.

  •      1995- komputer yang mempunyai ciri multimedia pula diperkenalkan. Ia berkeupayaan untuk mengintegrasikan video digital, audio, animasi dan teks ke dalam satu persekitaran digital.

  •      Seterusnya, penghasilan mikro komputer (dekstop) dengan kelajuan pemproses yang lebih laju. Ini membolehkan:
  • Ø  Sistem operasi bergrafik memudahkan pengguna menggunakan penunjuk atau klik pada objek menggunakan tetikus serta arahan yang dikehendaki lebih mudah.
  • Ø  Meningkatkan kapasiti memori kerja di dalam komputer. Kapasiti muatan storan data yang lebih besar di dalam pemacu keras (harddisk) dan CD roms.











Categories:


-------------

KOLEKSI VIDEO

  • Animator vs. Animation II
  • Pengetahuan Asas Adobe Photoshop

KOLEKSI PERMAINAN

  • PERMAINAN MINGGU INI
  • Mario Forever Flash
  • Restaurant Business

POPULAR POSTS

KOLEKSI PERISIAN

  • Download Adobe Photoshop CS5/CS6 portable 2010

MENGENAI BLOG

Blog ini mengandungi pelbagai aktiviti mengenai tajuk multimedia ICT Tingkatan 4. Tidak ketinggalan juga contoh-contoh soalan peperiksaan yang boleh dimuat turun