FASA PEMBINAAN BAHAN MULTIMEDIA


Fasa Pembinaan Bahan Multimedia (Multimedia Production)

·         Melibatkan fasa-fasa pembangunan dan langkah yang terlibat dalam setiap fasa.
·         Bermula dari perancangan sehingga pemasangan aplikasi
·         Proses pembangunan mempunyai kitaran hayat tertentu untuk memastikan aplikasi sentiasa tersedia dan memenuhi keperluan semasa
·         Matlamat dan objektif membantu menentukan hala tuju proses pembangunan aplikasi multimedia.


Fasa Analisis 

Fasa analisis adalah tahap utama produksi multimedia. Pembangun multimedia boleh menetapkan tumpuan terhadap projek. Pembangun mengenalpasti judul projek, masalah, tujuan, kemungkinan penyelesaian dan sasaran pengguna.
Pembangun perlu menganalisis penemuan dan mengenalpasti masalah. Seterusnya, menulis sebuah proposal projek multimedia.
Peringkat memahami masalah, pembangun perlu mengambilkira tiga jenis analisis iaitu :
·         Analisis kumpulan fokus
·         Analisis isi kandungan
·         Analisis objektif

Analisis kumpulan fokus menggunakan soal selidik untuk menemukan keperluan sasaran pengguna
Analisis isi kandungan Multimedia membantu para pembangun untuk memilih kandungan untuk program Multimedia dengan menggunakan Analisis Isi Borang.
Analisis Objektif boleh menggunakan Borang Analisis Objektif untuk membimbing Pembangun Bahan Multimedia. Ini membantu mereka menetapkan tumpuan terhadap projek.



Fasa Rekabentuk

Fasa rekabentuk merujuk kepada perancangan rekabentuk program multimedia yang akan dikembangkan.
2 pendekatan yang biasa digunakan iaitu Carta Alir (Flow Chart) dan Papan Cerita (Storyboard)


Rajah : Prinsip asas dalam pembinaan antaramuka pengguna


  FASA PELAKSANAAN (Implementation Phase)

Pada fasa perlaksanaan, pembangun multimedia akan mengubah rekabentuk seperti Papan Cerita kepada program multimedia.

Pada fasa perlaksanaan, alat pengarangan seperti Toolbook Assistant 2004 digunakan  sebagai alat untuk mengintegrasikan elemen-elemen multimedia.

Pada fasa ini, semua elemen multimedia yang berkaitan seperti teks, grafik, audio, video dan animasi akan dimasukkan untuk menghasilkan sebuah persembahan multimedia yang lebih menarik berdasarkan papan cerita yang telah disediakan pada fasa sebelum ini.


FASA PENGUJIAN (Testing Phase) 

Selepas membangunkan sesuatu program multimedia, hasil tersebut perlu menjalani Fasa Pengujian. Fasa pengujian melibatkan Pembangun Multimedia. Tujuan pengujian adalah untuk memastikan program berjalan dengan betul tanpa kesilapan dan ketidakbolehfungsian sesuatu elemen.

Pembangun boleh menggunakan senarai semak untuk melaksanakan fasa ini dengan lancar. Senarai semak ini fokus kepada aspek kandungan, antara muka dan pautan navigasi yang biasanya dilakukan oleh pembangun multimedia. Kandungan merujuk kepada tujuan program, teks, grafik, audio, video, animasi, bahasa yang digunakan dan bagaimana program ini bermaklumat.

Untuk antaramuka pengguna, prinsip-prinsip CASPER digunakan untuk item dalam multimedia. Penting untuk menguji rekabentuk dan fungsi multimedia daripada program yang dibangunkan. Setelah menjalani fasa pengujian, kesilapan yang dikenalpasti perlu dibaiki dan ditambahbaik.
FASA PENILAIAN (Evaluation Phase)

Fasa Penilaian bermula selepas Fasa Pengujian. Pengguna sebenar dipilih untk terlibat dalam  penilaian program multimedia. Fasa penilaian memfokuskan keseluruhan persembahan dan keberkesanan multimedia.

Penilaian produk perlu dinilai dalam 2 aspek : 
i)kandungan,
 ii) antaramuka pengguna.

Dalam persembahan kandungan, semua item lengkap dan semua kata kunci telah dimasukkan.
Pengantar yang berpadanan, alas an, kesan, pencegahan dan kesimpulan terhadap idea utama kandungan. Antaramuka pengguna yang baik akan memiliki keseragaman, kejelasan, konteks,navigasi dan fleksibiliti program multimedia.

Borang Penilaian Pengguna boleh digunakan untuk menilai program multimedia yang dihasilkan. Daripada borang ini pengguna dapat memberi input yang berguna terhadap bahan yang dihasilkan.


FASA PENERBITAN (Publishing Phase)

Setelah melalui fasa pengujian dan penilaian yang telah memastikan program multimedia bebas daripada kesalahan, kemudian fasa terakhir ialah Fasa Penerbitan.
Semasa berlaku di fasa ini, tidak aka nada lagi pengubahsuaian dan perubahan.
Umumnya, terdapat 2 pilihan media yang digunakan dalam menyampaikan kandungan multimedia.

Pertama, multimedia dapat disampaikan melalui laman web. Dengan demikian, terhasil pakej program multimedia berasaskan web. Kedua, multimedia dapat disampaikan melalui compact disk.



















Categories:

One Response so far.

  1. Unknown says:

    Terima kasih Admin..

    Maklumat ini yang saya cari-cari..
    akhirnya dah jumpa..
    sangat bermanfaat dan berinformasi...

    Klu boleh tambahkah lagi...

Leave a Reply


-------------

KOLEKSI VIDEO

  • Animator vs. Animation II
  • Pengetahuan Asas Adobe Photoshop

KOLEKSI PERMAINAN

  • PERMAINAN MINGGU INI
  • Mario Forever Flash
  • Restaurant Business

POPULAR POSTS

KOLEKSI PERISIAN

  • Download Adobe Photoshop CS5/CS6 portable 2010

MENGENAI BLOG

Blog ini mengandungi pelbagai aktiviti mengenai tajuk multimedia ICT Tingkatan 4. Tidak ketinggalan juga contoh-contoh soalan peperiksaan yang boleh dimuat turun