MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG

MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG

·         Multimedia mempunyai bayak potensi yang boleh diterokai. Orang yang bertanggungjawab untuk membina bahan multimedia ini perlulah menggunakan bahan multimedia ini secara efektif supaya ia mampu memberi sumbangan kepada pengguna   dan negara kita.
·         
          Terdapat banyak bidang di mana multimedia dapat memberikan sumbangannya.
·         Antara bidang-bidang tersebut ialah


i)                    Pendidikan dan latihan
Ø  Di dalam bidang pendidikan, penghasilan bahan multimedia di dalam bentuk CD ROM atau laman web membolehkan pelajar belajar sendiri. Sebagai contoh, bahan multimedia ini mampu digunakan sebagai perisian-perisian pembelajaran untuk memperkayakan lagi pemikiran kanak-kanak pada pelbagai peringkat termasuklah peringkat pra-sekolah .







Ø  Multimedia juga boleh digunakan sebagai bahan simulasi yang boleh ditunjukkan kepada pelajar. Umpamanya, langkah-langkah operasi di dalam bidang perubatan  boleh ditunjukkan berulang kali kepada pelajar menerusi bahan multimedia. Begitu juga di dalam bidang penerbangan. Simulasi ini boleh digunakan bagi mempelajari teknik-teknik penerbangan yang selamat.


ii)                  Perniagaan
Ø  Penggunaan multimedia di dalam perniagaan sangat meluas. Ini termasuklah di dalam persembahan cadangan kertas kerja dan pemasaran. Di dalam dunia perniagaan, persembahan data dan statistik yang mudah difahami menggunakan bahan multimedia dapat menjamin minat pembeli atau sokongan terhadap sesuatu perniagaan.
Ø  Di samping itu, pekerja bahagian pemasaran juga boleh mengajar pelanggan tentang produk yang akan dijual dan memberikan pelanggan perisian yang boleh melatih pelanggan menggunakannya.


iii)                Pengiklanan
Ø  Di dalam bidang pengiklanan pula, multimedia banyak memberikan sumbangan. Umpamanya, iklan yang dianimasikan adalah lebih menarik berbanding iklan yang kaku. Contoh-contoh iklan yang menggunakan multimedia ialah:
v  Iklan di laman web
v  Papan iklan elektronik
v  Pengiklanan melalui cakera
v  Animasi tanah liat
v  Pengiklanan melalu kios







iv)                Penyebaran maklumat
Ø  Sistem dan bahan multimedia sangat berguna untuk penyebaran maklumat. Biasanya, sistem dan dan bahan ini digunakan pada ruang-ruang pameran. Bahan ini dapat dipasang selama 24 jam tanpa henti. Oleh itu, ia dapat melayan pertanyaan pada bila-bila masa. Ini mengurangkan permintaan pada khidmat sumber manusia di ruang pameran tersebut.


v)                  Hiburan
Ø  Di dalam bidang hiburan pula, terdapat banyak jenis perisian permainan yang menguji pelbagai kebolehan pemain. Bahan multimedia yang digunakan mempunya animasi dan grafik yang baik. Kegunaan animasi dan grafik yang baik boleh di jayakan oleh bahan multimedia ini.
Ø  Bahan multimedia yang digunakan di dalam bidang hiburan ialah penggunaan teknik tiga dimensi. Teknik ini menampakkan grafik dan animasi yang lebih relistik atau hidup di dalam pembikinan filem layar perak. Disamping itu, multimedia juga digunakan di dalam klip video, persembahan, upacara rasmi dan montaj.

Categories:

Leave a Reply


-------------

KOLEKSI VIDEO

  • Animator vs. Animation II
  • Pengetahuan Asas Adobe Photoshop

KOLEKSI PERMAINAN

  • PERMAINAN MINGGU INI
  • Mario Forever Flash
  • Restaurant Business

POPULAR POSTS

KOLEKSI PERISIAN

  • Download Adobe Photoshop CS5/CS6 portable 2010

MENGENAI BLOG

Blog ini mengandungi pelbagai aktiviti mengenai tajuk multimedia ICT Tingkatan 4. Tidak ketinggalan juga contoh-contoh soalan peperiksaan yang boleh dimuat turun