PERISIAN PENYUNTING

Perisian Penyunting (Editor Sofware) Dalam Multimedia

·         Kesemua elemen ini dihasilkan oleh perisian-perisian yang berbeza. Terdapat beberapa jenis perisian yang digunakan dalam penghasilan bahan multimedia ini. Perisian ini termasuklah:

a)    Perisian editor grafik

*   Perisian editor grafik boleh menghasilkan data media dalam bentuk grafik iaitu sebarang datamedia sama ada dalam bentuk teks atau imej. Perisian editor grafik juga boleh memperbaiki atau merubah rupa grafik mengikut kesesuaian warna dan saiznya.



*   Salah satu contoh perisian editor grafik adalah Adobe Illustrator. Format fail piawai bagi perisian editor grafik PICT, BMP, JPEG dan TIFF.




b)    Perisian editor audio

*   Perisian editor audio adalah perisian untuk menyunting atau mengedit audio. Perisian ini digunakan untuk memilih, memotong dan mencantumkan bahagian-bahagian data media berbentuk audio yang kita terima. Perisian ini juga mengurangkan atau menambahkan kadar volume audio.

*   Ia juga dapat mengurangkan kebisingan di dalam rakaman serta meninggi dan merendahkan nada atau “pitch” dan  gema audio. Terdapat beberapa jenis perisian editor audio. Antaranya ialah perisian Soundforge dan perisian Acid Rock. Format fail piawai yang digunakan untuk menyimpan fail berbentuk audio ialah WAV, MID,MP3 dan RA.



c)    Perisian editor video

*   Perisian editor video pula digunakan untuk menyunting  atau mengedit  video. Apabila peranti  input menerima sumber media berbentuk video,perisian ini digunakan untuk memilih, memotong dan mencantumkan bahagian-bahagian data video mentah tadi. Perisian editor video membantu memberikan kesan visual yang sangat baik kepada data video kita.

*   Perisian ini juga digunakan untuk mengawal terang, malap atau gelapnyasesuatu data video. Umpamanya data video boleh diubah-ubah seolah-olah seperti waktu malam atau petang.

*   Terdapat dua jenis contoh perisian editor video iaitu Adobe Primer dan Broadcasting. Format fail piawai bagi perisian editor video adalah AVI, MOV, RA dan QT.




d)    Perisian editor animasi

*   Animasi berlaku apabila elemen grafik bergerak-gerak. Ia dibina dari data foto dan grafik kaku.

*   Antara contoh-contoh perisian editor animasi ialah perisian animasi “Flash”, perisian animasi 3D, dan perisian “Director”. Format fail piawai untuk menyimpan data berbentuk animasi adalah SWF dan GIF.




*   Walaubagaimanapun, bagi animasi dalam bentuk teks terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untukmenghasilkan animasi yang menarik untuk kemudahan kita.

Jadual 4.2: Ringkasan Fungsi bagi setiap jenis perisian penyunting
Perisian
Fungsi
Contoh
Format

Editor teks


Menghasilkan,
Menformat,
Menyunting,
Menyimpan teks

Microsoft word,
Notepad,
wordpad
.doc
.txt
Editor grafik
Menghasil, melukis,mengimbas, menyunting imej, dan gambar

Paint, Adobe Photoshop, CorelDraw,AutoCad, Freehand, Ilustrator
.bmp, .psd, .jpg,
 .gif, .tif, .wmf, .tga
Editor animasi
Menghasilkan
animasi
Gif animator, Autodesk Animator, Macromedia, Director, Flash

.gif,  .dir
Editor audio



Menghasil, menyunting, merekod audio.
Sound recorder, Media Player, Soundforge, SoundEdit 16, CoolEdit,WaveStudio

.wav,  .aif,  .mid, 
.au,  .mp3
Editor video
Menangkap, mendigitkan, menyunting video
Quicktime, Adobe Primiere, videoShop, MediaStudio Pro

.mov,  .avi,  .mpg
Alat pengarangan (Authoring Tool)
Menyunting, mengorganisasi, mengaturcara pelbagai media
HyperCard, ToolBook, Authorware, Macromedia Director, MediaForge






Categories:

Leave a Reply


-------------

KOLEKSI VIDEO

  • Animator vs. Animation II
  • Pengetahuan Asas Adobe Photoshop

KOLEKSI PERMAINAN

  • PERMAINAN MINGGU INI
  • Mario Forever Flash
  • Restaurant Business

POPULAR POSTS

KOLEKSI PERISIAN

  • Download Adobe Photoshop CS5/CS6 portable 2010

MENGENAI BLOG

Blog ini mengandungi pelbagai aktiviti mengenai tajuk multimedia ICT Tingkatan 4. Tidak ketinggalan juga contoh-contoh soalan peperiksaan yang boleh dimuat turun