FASA PEMBINAAN BAHAN MULTIMEDIA
Fasa Pembinaan Bahan Multimedia
(Multimedia Production)
·
Melibatkan
fasa-fasa pembangunan dan langkah yang terlibat dalam setiap fasa.
·
Bermula
dari perancangan sehingga pemasangan aplikasi
·
Proses
pembangunan mempunyai kitaran hayat tertentu untuk memastikan aplikasi sentiasa
tersedia dan memenuhi keperluan semasa
·
Matlamat
dan objektif membantu menentukan hala tuju proses pembangunan aplikasi
multimedia.
Fasa Analisis
Fasa
analisis adalah tahap utama produksi multimedia. Pembangun multimedia boleh
menetapkan tumpuan terhadap projek. Pembangun mengenalpasti judul projek,
masalah, tujuan, kemungkinan penyelesaian dan sasaran pengguna.
Pembangun
perlu menganalisis penemuan dan mengenalpasti masalah. Seterusnya, menulis
sebuah proposal projek multimedia.
Peringkat
memahami masalah, pembangun perlu mengambilkira tiga jenis analisis iaitu :
·
Analisis kumpulan fokus
·
Analisis isi kandungan
·
Analisis objektif
Analisis
kumpulan fokus menggunakan soal selidik untuk menemukan keperluan sasaran
pengguna
Analisis
isi kandungan Multimedia membantu para pembangun untuk memilih kandungan
untuk program Multimedia dengan menggunakan Analisis Isi Borang.
Analisis
Objektif boleh menggunakan Borang Analisis Objektif untuk membimbing
Pembangun Bahan Multimedia. Ini membantu mereka menetapkan tumpuan terhadap
projek.
Fasa Rekabentuk
Fasa
rekabentuk merujuk kepada perancangan rekabentuk program multimedia yang akan
dikembangkan.
2
pendekatan yang biasa digunakan iaitu Carta
Alir (Flow Chart) dan Papan Cerita
(Storyboard)
Rajah : Prinsip asas dalam
pembinaan antaramuka pengguna
FASA PELAKSANAAN (Implementation Phase)
Pada
fasa perlaksanaan, pembangun multimedia akan mengubah rekabentuk seperti Papan
Cerita kepada program multimedia.
Pada
fasa perlaksanaan, alat pengarangan seperti Toolbook Assistant 2004
digunakan sebagai alat untuk mengintegrasikan
elemen-elemen multimedia.
FASA PENGUJIAN (Testing Phase)
Selepas
membangunkan sesuatu program multimedia, hasil tersebut perlu menjalani Fasa
Pengujian. Fasa pengujian melibatkan Pembangun Multimedia. Tujuan pengujian
adalah untuk memastikan program berjalan dengan betul tanpa kesilapan dan
ketidakbolehfungsian sesuatu elemen.
Pembangun
boleh menggunakan senarai semak untuk melaksanakan fasa ini dengan lancar.
Senarai semak ini fokus kepada aspek kandungan, antara muka dan pautan navigasi
yang biasanya dilakukan oleh pembangun multimedia. Kandungan merujuk kepada
tujuan program, teks, grafik, audio, video, animasi, bahasa yang digunakan dan
bagaimana program ini bermaklumat.
Untuk
antaramuka pengguna, prinsip-prinsip CASPER digunakan untuk item dalam
multimedia. Penting untuk menguji rekabentuk dan fungsi multimedia daripada
program yang dibangunkan. Setelah menjalani fasa pengujian, kesilapan yang
dikenalpasti perlu dibaiki dan ditambahbaik.
FASA PENILAIAN (Evaluation Phase)
Fasa
Penilaian bermula selepas Fasa Pengujian. Pengguna sebenar dipilih untk
terlibat dalam penilaian program
multimedia. Fasa penilaian memfokuskan keseluruhan persembahan dan keberkesanan
multimedia.
Penilaian
produk perlu dinilai dalam 2 aspek :
i)kandungan,
ii) antaramuka pengguna.
Dalam
persembahan kandungan, semua item lengkap dan semua kata kunci telah
dimasukkan.
Pengantar
yang berpadanan, alas an, kesan, pencegahan dan kesimpulan terhadap idea utama
kandungan. Antaramuka pengguna yang baik akan memiliki keseragaman, kejelasan,
konteks,navigasi dan fleksibiliti program multimedia.
Borang
Penilaian Pengguna boleh digunakan untuk menilai program multimedia yang
dihasilkan. Daripada borang ini pengguna dapat memberi input yang berguna
terhadap bahan yang dihasilkan.
FASA PENERBITAN (Publishing Phase)
Setelah
melalui fasa pengujian dan penilaian yang telah memastikan program multimedia
bebas daripada kesalahan, kemudian fasa terakhir ialah Fasa Penerbitan.
Semasa
berlaku di fasa ini, tidak aka nada lagi pengubahsuaian dan perubahan.
Umumnya,
terdapat 2 pilihan media yang digunakan dalam menyampaikan kandungan multimedia.
Pertama, multimedia dapat disampaikan
melalui laman web. Dengan demikian, terhasil pakej program multimedia
berasaskan web. Kedua, multimedia dapat disampaikan melalui compact disk.
Terima kasih Admin..
Maklumat ini yang saya cari-cari..
akhirnya dah jumpa..
sangat bermanfaat dan berinformasi...
Klu boleh tambahkah lagi...